
Dah Bertahun Bayar, Sekali Accident Kena Bayar Sendiri? Rupanya Kereta Kau Underinsured.
Semalam, aku dapat mesej daripada sorang brader ni yang nak minta nasihat daripada aku berkenaan takaful kereta.
Dia cerita, baru baru ni dia accident dan bila dia hantar kereta ke bengkel, orang bengkel kata dia kena bayar RM600 untuk cover kos baiki kereta.
Brader ni peliklah kenapa dia kena bayar lak. So dia call company takaful dia dan company takaful dia kata dia kena bayar tu sebab takaful kereta dia underinsured.
Kiranya, disebabkan underinsured tu, brader ni kena bayar kos tambahan untuk cover kos baiki kereta dia. Semua ni jadi disebabkan satu klausa dipanggil - Average Clause.
---
Aku percaya, ramai yang masih tak tahu pasal average clause ni. Aku pun baru tahu selepas aku cuba dapatkan jawapan pasal kes brader yang mesej aku ni.
✅ Apa benda Average Clause ni?
Dalam bahasa mudah, Average Clause ni adalah satu klausa atau peraturan dalam polisi insurans/takaful yang akan digunakan bila kau underinsured kereta kau. Underinsured ni maksudnya kau insured kereta kau kurang daripada market value sebenar.
Contoh mudah macam ni lah:
????Market value sebenar kereta kau RM50,000.
????Tapi sebab kau nak jimat, kau insured kereta kau RM35,000 je.
Dalam kes ni, polisi kau dikira sebagai underinsured sebab coverage kau kurang daripada harga sebenar sebanyak RM15,000 (lebih kurang 30% kurang).
---
✅ Macam mana Average Clause ni boleh buat kau rugi?
Okay, katakanlah satu hari tu ditakdirkan kereta kau accident dan agak teruk body kereta kau kena langgar. Kau hantar ke bengkel dan bengkel kata cost repair nak cecah RM10,000.
Kau masih rasa rilek masa tu sebab kau dah ada insurans atau takaful, kan? So, mesti company insurans atau takaful ni bayarkan.
Tapi bila kau submit claim, tiba-tiba company insurans atau takaful cakap:
"Encik, kereta encik underinsured. Jadi kami kena apply Average Clause. Kami cuma bayar ikut peratusan insured je ya."
Masa ni kau pun jadi terkebil-kebil dan rasa macam kena scam dengan company insurans atau takaful.
---
✅ Macam mana Average Clause ni dikira?
Pengiraan dia macam ni:
????(Jumlah Insured ÷ Market Value sebenar) × Kos Baik Pulih = Jumlah pampasan yang kau layak dapat.
Meh aku kira terus pakai contoh tadi:
Kau insured kereta kau: RM35,000
Tapi market value sebenar: RM50,000
Kos repair: RM10,000
RM35,000 ÷ RM50,000 × RM10,000 = RM7,000
So, company insurans atau takaful cover RM7,000 je. Tapi kos repair RM10,000.
Maksudnya, balance RM3,000 tu kau kena tanggung sendiri. Jenuhlah nak korek RM3,000 tu, lebih lebih lagi kalau bukan jenis menyimpan.
---
✅ Apa sebab utama kau kena Average Clause?
Satu je sebab utama: Kau insured kurang daripada market value sebenar.
Biasanya orang buat macam ni sebab nak bayar caruman tu murah sikit ataupun ejen tak bagitau kau betul-betul masa renew insurans atau takaful kereta.
Tapi zaman sekarang, ramai yang renew insurans takaful atau insurans guna online je. Mana kau nak baca segala terms and conditions tu.
Mula mula dah rasa smart habis sebab dapat jimat RM100 ke RM200. Sekali bila accident, rugi beribu ringgit lak sebab insurans atau takaful tak cover.
---
✅ So, macam mana nak elak kena Average Clause ni?
1️⃣ Pastikan kereta kau diinsuranskan ikut market value sebenar. Kau boleh check kat laman web insurans atau takaful masing-masing. Jangan ambil nilai ikut suka hati je semata mata nak murah.
2️⃣ Tambah rider dalam polisi takaful atau insurans kau. Ada sesetengah syarikat insurans/takaful yang offer rider tambahan macam "waiver of average clause" atau coverage tambahan supaya kau tak kena average clause ni. Tapi rider ni kena bayar extra lah sikit.
3️⃣ Ambik insurans atau takaful pakej agreed value. Dengan agreed value ni, syarikat insurans atau takaful dengan kau dah bersetuju siap-siap berapa nilai kereta yang kau insured. Bila kau claim bila apa apa jadi kat kereta kau, kau akan dapat nilai yang dipersetujui tu tanpa pening kepala pasal kiraan average clause.
Tapi, apa yang aku cadangkan di atas ni akan menyebabkan kos takaful atau insurans kereta kau bertambahlah.
---
Average Clause ni memang nampak macam takde apa apa je. Tapi bila kau takleh claim penuh bila accident, masa tu lah kau kalut. Jenuh nak korek duit nak cover kos repair.
Benda ni aku share bukan sebab nak takut takutkan kau, tapi aku nak kau standby dalam apa jua keadaan. Kalau kau taknak kena average clause, kau bayarlah lebih. Tapi kalau masa tu kau tak cukup bajet, ambik jelah apa yang kau mampu tapi bersedia jelah jika kena average clause. Simpan siap siap setiap bulan.
Kalau kau pun baru tau pasal benda ni, bolehlah kau share kat family kau ke, sedara mara ke, kawan kawan ke, supaya takdelah yang rasa macam kena scam padahal average clause ni memang dah ada dalam terms and conditions insurans atau takaful kereta kau.