
TAWARAN KOMPAUN KHAS | Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah menerima bayaran tunggakan saman sebanyak RM35 juta sejak tawaran kompaun khas dengan kadar rata RM150 bagi tiga kesalahan dilancarkan pada awal Januari lalu.
Tawaran kompaun khas itu membabitkan tiga jenis notis saman JPJ iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).