
AWAS! TIADA LAMPU BREK KETIGA MEMBAHAYAKAN PENGGUNA JALAN RAYA DI BELAKANG
Ketiadaan lampu brek ketiga sering diambil mudah oleh pemilik kenderaan. Sikap tidak bertanggungjawab ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya di belakang terutamanya pada waktu malam dan keadaan hujan lebat.
Pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan am dan penalti.
Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.