Tips Untuk Elak Kereta Bahang Walaupun Dibiar Parking

Tips Untuk Elak Kereta Bahang Walaupun Dibiar Parking Waktu Panas Terik

Pernah tak bila pergi kerja, parking kereta tempat tak berbumbung dan waktu lunch hour nak guna kereta pergi makan buka buka saja "Wow! Panasnya!". Lepas tu, terus pasang aircond kuat-kuat dan biarkan ianya sebentar sampai sampailah kereta sejuk sikit.

OK ni tips nyer.....

No 1

Flap aircond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk. (seperti di gambar pertama)

- Sewaktu memandu pastikan korang tutup flap aircond kereta. Ini berfungsi agar pengudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.

No 2

Sewaktu parking, pastikan flap aircond dibuka. (seperti gambar kedua)

- Bila korang nak parking kereta di kawasan tidak berbumbung dan ditambah pula dengan cuaca panas, jangan pula tutup flap aircond. Sebaliknya, korang kena biarkan ianya terbuka agar udara panas tidak terperap dalam kereta. Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas.

- Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk curi kereta kan?