
PUTRAJAYA, 31 Januari 2022 - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menerima laporan berkaitan pengiklanan mendapatkan lesen memandu secara tidak sah di media sosial.
Menerusi iklan di laman instagram yang menggunakan nama ‘iteacherconsultingofficial’ itu, beberapa perkhidmatan ditawarkan antaranya lesen memandu mampu disiapkan dalam tempoh lima hari, permohonan direkodkan dalam sistem JPJ dan boleh membuat pembayaran selepas lesen memandu siap dikeluarkan.
JPJ memandang serius terhadap sindiket lesen terbang ini dan siasatan lanjut akan dilakukan termasuk membuat laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat