
Jangan Gelabah… Ini 5 Perkara Anda Perlu Buat Kalau Kereta Tenggelam Banjir “Jangan Sesekali Cuba Hidupkan Kereta”
.
BENCANA banjir yang sedang berlaku di beberapa negeri ketika ini seperti di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor memang membimbangkan.
.
Selain rumah dimasuki air, ramai yang gagal menyelamatkan kenderaan mereka untuk dibawa ke kawasan selamat dan terpaksa pasrah melihat kereta kesayangan ditenggelami banjir.
.
Paling penting, kenderaan yang sudah ditenggelami air, jangan sesekali cuba dihidupkan enjinnya terutama jika air mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin.
.
Biarkan kenderaan tenggelam di dalam air dan tunggu sehingga banjir surut sebelum mengalihkan kenderaan anda. Ini kerana kenderaan masih boleh diselamatkan dengan melakukan beberapa perkara ini selepas air surut.
.
1. Jangan hidupkan enjin kereta
.
Selepas banjir mula surut dan keadaan mula selamat, jangan sesekali cuba menghidupkan enjin kereta anda. Sebaik-baiknyam hubungi lori tunda untuk dibawa ke bengkel.
.
Ini kerana jika anda cuba menghidupkan kenderaan, enjin yang sudah terjejas akibat banjir besar kemungkinan akan mengalami kerosakan lebih teruk.
.
2. ‘Flush’ minyak
.
Memandangkan kedudukan tangki minyak pada kedudukan agak rendah, ada kebarangkalian air telah masuk ke dalamnya. Bagi mengelak masalah besar atau kemungkinan kereta perlu overhaul, flush minyak yang ada sehingga benar-benar kering.
.
3. Periksa minyak enjin dan gearbox
.
Antara perkara yang perlu diperiksa adalah sukatan dipstick minyak enjin dan gearbox. Sekiranya paras minyak lebih tinggi daripada kebiasaan, kemungkinan ia telah dimasuki air.
.
Kebiasaannya, mekanik akan mengosongkan minyak enjin dan gearbox dan gantikan dengan yang baharu.
.
4. Komponen elektronik
.
Apa sahaja komponen elektronik seperti radio, bateri dan sebagainya hendaklah dicabut.
.
5. Kusyen
.
Kebiasaannya terdapat bengkel yang menawarkan perkhidmatan mencuci bahagian dalam kereta yang basah akibat terkena air banjir. Pastikan kusyen dicuci dengan baik kerana ia mungkin akan meninggalkan bau hapak.
.
Sementara itu, sekiranya kawasan anda berisiko dilanda banjir, beberapa langkah pencegahan juga boleh dilakukan termasuklah;
.
1. Sebaik-baiknya selamatkan kenderaan dan parkir dikawasan lebih tinggi.
.
2. Sebagai langkah keselamatan, tutup ekzos kenderaan dengan sesuatu yang padat agar air tidak dapat tembus sekiranya berlaku banjir.
.
3. Cabut terminal bateri memandangkan situasi banjir diluar jangka.
.
4. Selamat barang-barang yang penting dan mudah rosak akibat air.
.
Ini 5 langkah untuk menyelamatkan kereta yang sudah ditenggelami banjir.
.
#1 Jangan Sesekali Cuba Hidupkan Kereta
Tow kereta terus ke bengkel / pusat servis. Bila korang cuba start kereta, lagi tinggi potensi untum berlaku litar pintas.
.
#2 Check Paras Minyak Enjin & Gearbox
Check dipstick minyak kereta. Kalau tinggi melebih lebih tu, besar kemungkinan air dah masuk dalam enjin lah tu. Pastikan buat flushing dan ganti minyak baru. Air bercampur dengan minyak hitam/gearbox boleh rosakkan komponen.
.
#3 Flush Petrol (Jika Perlu)
Tangki minyak kereta kedudukannya agak rendah. Meskipun kebarangkalian untuk air banjir termasuk dalam tangki tu rendah, Tapi min suggest check dengan bengkel / pusat servis sama ada perlu untuk flush dan isi minyak baru.
.
#4 Cabut & Keringkan Komponen Kereta
Komponen elektronik kereta macam Radio, HUD display, infotainment etc perlu dicabut dan dikeringkan. Senang kata semua yg boleh cabut, kena cabut keringkan.
.
#5 Keluarkan Air Daripada Enjin
Yang ini bergantung pada kenderaan. Ada yang boleh dipam keluar dengan cabut spark plug sambil enjin running. Dapatkan nasihat bengkel / pusat servis. Bagaimanapun, anda mungkin tidak dapat menyelamatkan kenderaan yang dimasuki air banjir untuk kembali 100 peratus seperti asal.
.
Jika anda berada di kawasan perumahan yang berisiko banjir dan berdekatan sungai, anda dinasihati untuk memperbaharui insurans dengan perlindungan bencana alam.
.
Sumber: Twitter Carput