Adalah Suatu Kesalahan Memasang Nombor Pendaftaran (no. Plat)

ADALAH SUATU KESALAHAN MEMASANG NOMBOR PENDAFTARAN (NO. PLAT) MENGELIRUKAN, KABUR ATAU ‘FANCY’

Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Jika didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987.

Berikut contoh-contoh gambar kenderaan yang tular di media sosial dan tidak mematuhi spesifikan yang ditetapkan. Pemilik kenderaan bakal diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh JPJ. Orang ramai adalah disarankan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’ di alamat email [email protected] bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan.