Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (jpj),

Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir Mohamad Dalib menjelaskan tentang penggunaan helmet visor gelap.

Mengikut kaedah-kaedah Motosikal, Topi Keledar 1973 (PU (A) 43/1973), penggunaan visor gelap adalah satu kesalahan dan mereka yang menggunakannya boleh dikenakan tindakan kompaun.

"Helmet boleh dipasang dengan apa jua jenis visor yang jernih dan tidak berwarna dengan syarat tiada sebarang alat tambahan yang boleh menutup mana-mana bahagian muka di antara kening dengan dagu.

“Cermin visor untuk motosikal mestilah lutsinar 70 peratus dan tidak ada yang terkecuali. Tak kira sama ada orang awam, Polis, JPJ mahupun mana-mana penguatkuasa, penggunaan visor gelap adalah dilarang.

Kenapakah penggunaan visor gelap menjadi satu kesalahan? Mohamad menjelaskan, tujuan utama adalah untuk memastikan wajah dapat dilihat jelas selain mengelak kes-kes jenayah berlaku.

"Begitu juga komunikasi mata atau eye contact antara penunggang motosikal dengan pengguna lain yang sangat penting ketika atas jalan raya. Contohnya, kita akan hulur tangan untuk minta diberikan laluan dan senyum sebagai tanda terima kasih," tambahnya lagi.

Kredit to PPIM.