
Confused and ????
Semasa dlm perjalanan ke tempat kerja, di tol Sungai Dua Ada roadblock di laluan motosikal, saya ditahan dan diminta mengeluarkan I.C dan Lesen, Selepas itu seorang polis trafik bertanya kepada saya adakah ekzos saya “aftermarket” atau standard kilang, saya menjawab aftermarket, dan terus dia menyerahkan I.C saya kepada seorang rakan sekerjanya dan mengeluarkan saman “ubahsuai ekzos.
selepas itu saya bawa moto ke tempat menguji tahan bunyi JAS, selepas moto saya diuji, keputusan tahap bunyi motosikal saya adalah 91.8db, tahap maksimum adalah 95db, saya disaman sebelum motosikal saya diuji, saya meminta slip keputusan ujan tahap bunyi dari JAS, mereka memberitahu saya Bahawa mereka hanya mengeluarkan slip jika tahap bunyi melebihi tahap yang diluluskan.
So, saya tanya berkenaan saman, trafik itu menjawab Bahawa saya tetap salah mengubahsuai ekzos!!
???? Bila saya ubahsuai? Saya hanya membeli ekzos aftermarket yang sama rupa dan bentuk dengan ekzos yang standart kilang, dan “IA LULUS UJIAN TAHAP BUNYI JABATAN ALAM SEKITAR”, so adakah membeli ekzos aftermarket salah disisi undang2?? Apa cerita ni??
Sumber Aizal Ahmad