
STATUS AIR NAIK DI LPT 1
3 Jan 2021- ANIH Berhad (”ANIH atau Syarikat”), pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) memaklumkan km198 antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Persimpangan Bertingkat Gambang telah dinaiki air sedalam lebih kurang 2 kaki sepanjang lebih kurang satu kilometer berikutan hujan lebat yang berterusan. Semua lorong telah di tutup.
Sehubungan dengan itu, pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur mohon tangguhkan perjalanan anda buat sementara waktu.
Syarikat turut ingin menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur untuk status terkini keadaan trafik dan lebuh raya.
Sekian.
Fazlyaton Hussein
Jabatan Komunikasi Korporat