Tips Jika Terpaksa Tidur Kejap Dalam Kereta Sebab

Tips Jika Terpaksa Tidur Kejap Dalam Kereta Sebab Ngantuk.

Susulan kes 2 gadis maut kerana terhidu gas monoksida ketika tidur dalam kereta baru-baru ni, nak share sikit beberapa cara kalau terpaksa juga tidur dalam kereta sebab ngantuk:

1. Flap aircond dibuka bagi pengudaraan angin daripada luar ke dalam kereta berbanding udara aircond terkepam sahaja di dalam kereta (Cara nak buka rujuk gambar sama ada perlu tekan atau pusingkan tombol suis di kereta)

2. Tingkap dibuka sedikit juga bagi pengudaraan angin keluar masuk. (Cara dia buka atau turunkan cermin tingkap sedikit sahaja lebih kurang sebesar 50sen. Kalau besar sangat takut lain pula jadi macam orang boleh masukkan tangan dan sebagainya.

PENTING: Barang peribadi yang penting macam telefon dan beg dompet juga perlu disimpan dalam dashboard atau bawah seat kerusi)

3. Paling selamat sekali matikan je enjin kereta. Tapi tingkap pun mesti buka sikit bagi pengudaraan angin keluar masuk.

Semoga perkongsian ini dapat selamatkan lebih banyak nyawa inshaAllah. Sebarkan untuk manfaat orang ramai.

Boleh follow telegram MYSumber untuk update terkini: t.me/mysumber