Tahukah Anda...? Basikal Merupakan Salah Satu Kenderaan Yang

Tahukah anda...? Basikal merupakan salah satu kenderaan yang dilarang daripada menggunakan lebuh raya ekspres seperti yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan (Larangan Penggunaan Jalan) 1996. Sebabnya, perbezaan kelajuan yang amat besar antara basikal dengan kenderaan lain boleh mengakibatkan nahas maut yang melibatkan penunggang basikal.

Selain basikal, kenderaan bergerak perlahan seperti beca, kereta lembu, basikal berenjin serta jentera pembinaan tidak dibenarkan untuk menggunakan lebuh raya ekspres atas sebab yang sama. Justeru, kenderaan sebegitu hanya boleh diangkut menggunakan lori pengangkut rendah (low-loader).

Kredit pic : HighwayLata