Ops Khas Cermin Gelap

"OPS KHAS CERMIN GELAP"

Bahagian Penguatkuasa JPJ Pulau Pinang telah menjalankan Ops Khas Cermin Gelap di sekitar Georgetown, Pulau Pinang.

Tujuan operasi cermin gelap diadakan adalah bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap seperti yang telah dibenarkan iaitu 70% ketelusan cahaya untuk cermin hadapan dan 50% ketelusan cahaya untuk cermin sisi hadapan kiri dan kanan pemandu.

Penguatkuasaan juga dilakukan terhadap kereta- kereta mewah yang tidak mematuhi peraturan dan undang- undang berkaitan penggunaan cermin gelap.Pemilik dan pemandu kenderaan persendirian adalah dinasihatkan supaya mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap seperti yang dibenarkan.

Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan pemandu dan pemilik mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa.