
Sekadar peringatan untuk semua pengguna jalan raya memandangkan ada 2 kes kemalangan viral di Twitter dalam selang 2 hari. Lokasi yang sama dari arah Dengkil dan Cyberjaya ke Putrajaya.
Kejadian pertama pada 20/06/2020 (Sabtu) yang dikongsikan oleh @AizaAzri manakala kejadian kedua pada 22/06/2020 (Isnin) oleh @Hanis_Matin.
Difahamkan, ada beberapa kejadian lain yang turut berlaku di kawasan tersebut pada hari yang sama.
Mohon pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku terutamanya ketika hari hujan. Jangan memandu laju di kawasan selekoh ini.