
RM942 JUTA BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK TAMBAHAN UNTUK TANGANI ISU LONJAKAN BIL ELEKTRIK
Terima kasih kepada Kerajaan khususnya Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nazarah dan Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mendengar keluh kesah dan suara hati rakyat yang merasai keperitan dan kesusahan kerana kenaikan mendadak bil elektrik lantaran penggunaan yang meningkat ketika tempoh PKP sepanjang April hingga Jun.
Secara ringkasnya yang sempat dipetik daripada sidang media yang sedang berlangsung, antaranya:
- Bagi 4 juta pengguna kategori bawah 300KW akan perolehi manfaat bil elektrik PERCUMA bagi bulan April, Mei dan Jun.
- Bagi pengguna domestik melebihi 300KW akan diberikan rebat atau disubsidi sebanyak RM231 bagi jumlah penggunaan sepanjang April, Mei dan Jun.
- Bagi pengguna domestik antara 601 hingga 900KW akan memperolehi diskaun tambahan sebanyak 10 peratus:
- Bagi yang dah bayar, jumlah bantuan Kerajaan ini akan dikredit ke dalam akaun bulan Julai.