
Sebanyak 508 kenderaan telah cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung pada 15 Mei.
Jumlah ini telah meningkat pada 16 Mei iaitu kepada 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung.
Mereka telah diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ).
Sebagai peringatan bersama, 18 kluster daripada 49 kluster #COVID19 di negara ini adalah berkait aktiviti merentas negeri.
Malah, 10 daripada 18 kluster ini masih lagi aktif iaitu masih ada kes positif baru secara berterusan.