Kementerian Pengangkutan

Kementerian Pengangkutan
Selasa 24 Mac 2020

Kenyataan Media Datuk Seri Ir Dr. Wee Ka Siong,
Menteri Pengangkutan Malaysia

PENGECUALIAN KEPADA PEMEGANG LESEN INDIVIDU, PERDAGANGAN SEPANJANG TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN

LESEN MEMANDU PERSENDIRIAN

1. Menyedari kesukaran orang ramai untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (KLM) bagi kenderaan perdagangan dan individu temasuk Lesen Vokasional (GDL dan PSV) dan lesen memandu atau Competent Driver's Licence (CDL), saya sebagai Menteri Pengangkutan, telah menggunakan peruntukan undang-undang di bawah seksyen 66 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dengan memberi pengecualian kepada semua pemegang lesen memandu daripada keperluan memperbaharui lesen memandu masing-masing melalui suatu undang-undang khusus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 25 Mac 2020.

2. Sebelum ini pemegang lesen memandu individu diminta untuk memperbaharui lesen secara atas talian melalui portal mySikap JPJ dan myEG sepanjang tempoh PKP tetapi dengan pengumuman di atas. syarat keperluan untuk memperbaharui lesen memandu ini telahdikecualikan, bagi tempo PKP.

3. Walaupun dengan adanya pengecualian khas ini, para pemandu dinasihatkan supaya membawa sijil salinan perlindungan atau e-cover note insurans ketika memandu sepanjang tempoh PKP. Ini bermakna sesiapa yang mempunyai lesen memandu yang sudah luput boleh menggunakan kenderaan masing-masing dengan syarat kenderaan tersebut WAJIB MEMILIK PERLINDUNGAN INSURANS yang sah.

LESEN KENDERAAN PERDAGANGAN DAN GDL

4. Berhubung Lesen Kenderaan Motor bagi kenderaan perdagangan dan GDL, Kementerian Pengangkutan memutuskan, isu berhubung keperluan mendapatkan kelulusan daripada PUSPAKOM dan pemandu kenderaan perdagangan bagi memperbaharui GDL serta laporan kesihatan yang sah sepertimana diperlukanoleh syarat-syarat permohonan peembaharuan lesen kenderaan komersial tidak lagi berbangkit memandangkan keperluan memperbaharui lesen tersebut telahpun dikecualikan sepanjang tempoh PKP. Namun para pemilik kenderaan perdagangan perlu memperbaharui LKM masing-masing dan adalah tertakluk kepada keperluan dokumen kelulusan yang berkenaan dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.

5. Keputusan ini turut dibuat selepas Kementerian Pengangkutan mengambil inisiatif mengadakan perbincangan bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Takaful Malaysia. Paling penting, ia bertujuan memastikan perkhidmatan pembekalan barangan keperluan khususnya makanan kepada orang ramai tidak terjejas sepanjang tempoh PKP. Kementerian Pengangkutan sememangnya prihatin dengan keperluan serta keselamatan para pemandu dan pengguna jalanraya di seluruh negara.

6. Berikut merupakan rekod pemegang lesen jenis GDL yang akan tamat tempoh sah mengikut tarikh:
24 Mac 2020 : 328
25 Mac 2020 : 385
26 Mac 2020 : 356
27 Mac 2020 : 357
28 Mac 2020 : 348
29 Mac 2020 : 315
30 Mac 2020 : 369
31 Mac 2020 : 295

7. Sekali lagi diingatkan, seperti ketetapan undang-undang, semua pemilik kenderaan pedagangan dan persendirian hendaklah memastikan kenderaan mereka MEMPUNYAI PERLINDUNGAN INSURANS yang sah sepanjang tempoh PKP ini.

8. Saya ingin menasihati para pemandu dan pembantu pemandu supaya menjaga kesihatan diri sepanjang bertugas di barisan hadapan ketikan ini. Jasa anda semua amat bermakna buat masyarakat dan negara ketika waktu sukar ini. Sebarang aduan / pertanyaan sila emel ke [email protected] atau Whatsapp ke 019-2907723, Hotline MOT : 1800-88-7723 (8am - 8pm). Atau boleh boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Nagara, Majlis Keselamatan Negara di talian 03-88882010.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

Untuk perbaharuan insurans anda boleh terus hubungi kami segera untuk mendapat sebutharga percuma dan terus memiliki perlindungan kenderaan. Kmi mempunyai banyak pilihan insurans dan Takaful.

Klik segera ke : www.wasap.my/60145462227